Prepaid4u.net Your Mobile Lifestyle


Wednesday, December 19, 2007
Mengapa Perlu Mendapatkan Pangkat Chief Mobile?

Alhamdulillah, 30 November 2007 yang lalu, genap satu (1) tahun lima (5) hari, saya telah dinaik pangkat kepada Mobile Manager. Sesuatu yang cukup bermakna bagi saya, walaupun jangkamasa yang diperlukan adalah cukup lama. Di sini wujud dan tampak nilai kesabaran pada diri.

Seperti yang saudara Adi Nor Jaffar katakan kepada saya sebelum ini menerusi Private Message di antara saya dan dia; dia menegaskan bahawa pangkat "Mobile Manager" boleh diperolehi kurang dari satu (1) minggu.

Petikan dari nasihat yang diberikan oleh saudara Adi Nor Jaffar kepada saya baru-baru ini :

"Untuk memastikan perkembangan mymode di sarawak maju, sebenarnya adalah tanggungjawab anda sendiri (agent2 dari sarawak). Saya rasa anda sendiri harus mengandakan usaha kerana jika dilihat dari prestasi anda, yang mengambil masa setahun untuk capai pangkat MM, saya rasa ianya terlalu perlahan. sedangkan untuk capai pangkat MM nih sepatutnya cuma memerlukan seminggu malah ada yang boleh buat CM dalam masa sehari jer."

Anda boleh gunakan bahan-bahan yg saya sediakan untuk tujuan promosi (memang semua orang buat macam ni, tak perlu minta izin dari saya). Nasihat saya, anda sendiri harus mendalami pengetahuan dalam ilmu marketing plan mymode. kerana jika anda sendiri tidak mahir, maka memang susah untuk menerangkan kepada orang.

rajin baca perbincangan di forum.. dan sila baca tutorial mymode di
http://mobile.prepaid4u.net/tutor/ "

Ya benar! Saya akur dengan kenyataan dia Malah sama sekali saya tidak berkecil hati, sekaligus kata-kata dia telah saya ambil sebagai suntikan di dalam diri untuk mengorak langkah ke arah Mobile Preneur dan seterusnya Chief Mobile dalam tempoh terdekat ini.

Masih banyak yang saya perlu pelajari, tambahan dengan status terkini yang memerlukan saya memperlengkapkan diri seperti contoh; pengiraan bonus, kelebihan sesuatu pangkat dan overiding yang disertakan . Kita dan agen-agen yang berdaftar dibawah kita ibarat cermin. Masing-masing memberikan refleksi tersendiri. Kelansungan dan kebergantungan di antara kita adalah setara.

Berikut merupakan pautan tutorial yang saya perolehi dari YouTube; milik sepenuhnya oleh  http://mobile.prepaid4u.net/tutor/ .

Terima kasih kepada saudara Adi Nor Jaffar di atas nasihat dan panduan yang diaberikan.


Posted at 06:56 am by airjay

 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry