Pelan Perniagaan MyMode Semudah ABCD
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Apa khabar saudara/i sekalian? Saya doakan semoga saudara/i sekalian di dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga, kerjaya dan apa-apa sekalipun.
Rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidiladha” kepada anda semua.
Tajuk entry di atas mungkin membuatkan anda berfikir, apa yang saya cuba kaitkan. Ya! Sememangnya semudah ABCD.
Apa yang saya maksudkan dengan ABCD?
ABCD adalah singkatan kepada
A - Agen
B - Berurusniaga
C - Cari
D - Duplikasi
Setiap perkara semestinya bermula dengan sesuatu; di sini jika kita lihat,
A. Kita mesti menjadi AGEN. Jadi bagi anda yang belum menjadi agen boleh lah mendaftar dengan klik pada pautan berikut. Daftar ?
B. Setelah itu, barulah kita boleh memulakan BERURUSNIAGA.
C. Oleh kerana perniagaan ini, bersifat Multi Level Marketing (MLM) jadi kita tidak boleh hanya sekadar bergantung kepada jualan individu semata-mata, kita perlu CARI downline untuk membina rangkaian.
D. Seterusnya proses DUPLIKASI, harus diterapkan kepada setiap agen yang berdaftar di bawah kita.
Mudah bukan ? Pemahaman dan singkatan di atas hanyalah sekadar rangka kepada panduan saya selama ini. Malah kaedah ini juga boleh digunakan untuk memberi penerangan kepada prospek. Mudah, ringkas dan juga jelas.
Posted at 08:26 am by airjay