Entry: Upline & Tanggungjawab Friday, December 21, 2007



Menjadi seorang Upline, bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Tanggungjawab seorang upline begitu berat dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi, dalam melayani karenah setiap downline.

Sepanjang bergelar sebagai seorang upline beberapa perkara tersebut merupakan rutin yang bakal anda hadapi iaitu :

a. Karenah setiap downline yang pelbagai
b. Soalan-solan lazim (FAQ) dari downline
c. Kekurangan kredit masa berbual yang sentiasa tidak mencukupi
d. Gangguan mesej pada lewat malam

Usah marah. Kesemua perkara ini wujud kerana mereka memerlukan anda. Jadi bantu dan bimbinglah mereka. Jadi apa yang anda boleh lakukan ?

Sebagai seorang downline, anda tidak hanya boleh berdiam diri dan bergantung sepenuhnya kepada medium telefon semata-mata. Antara perkara-perkara yang boleh anda lakukan sebagai bantuan tambahan kepada setiap downline anda adalah dengan cara :

a. Menyediakan manual pengguna beserta dengan penerangan lengkap
b. Buat satu sidang/sesi perjumpaan dengan setiap agen di bawah anda
c. Maklumkan kepada mereka tentang tutorial online yang boleh diakses di internet.

Rasanya tidak menjadi suatu masalah kepada anda kerana, jika anda agen yang berdaftar di bawah group http://www.prepaid4u.net anda ada dibekalkan dengan pakej ‘staterkit’. Saya sendiri banyak menggunakan pakej tersebut sebagai panduan.

Bantu downline anda, mencetak keluar pakej tersebut. Usah berkira sangat dengan mereka. Anda tidak akan kerugian sama sekali, kerana ini adalah untuk kebaikan rangkaian anda.

Jadi fikirkanlah sejauh mana tanggungjawab anda selama ini? Saya harap apa yang saya kemukakan pada entry kali ini sedikit sebanyak membantu anda.

Sebarang masalah dan komentar bolehlah di panjangkan kepada saya.

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments